◘ The Only Me ◘

My photo
♥ A Muslimah faithful to ALLAH ♥ A Besties to my Cats & Kittens ♥ A Savior to my Best Friends ever ♥ A Good Listener to my Fiancee ♥

03 June 2009

[O R E O c h e e s e C A K E]



Bahan-bahan

* 1 pek biskut oreo
* 1/3 sb butter - cairkan
* 3 pek krim cheese (8oz setiap satu)
* 3/4c gula -nk kurang suka hati
* 1sb krim masam
* 1 tsp vanilla essence
* 4 biji telur

Cara-cara

1. Panaskan oven 350°F . Asingkan sedikit biskut oreo. Kemudian hancurkan kesemua
baki biskut, buang krimnya.
2. Masukkan biskut yang hancur tadi ke dalam butter yang telah di cairkan.
3. Canaikan/tekan dengan kuat pada loyang 9" sehingga padat lebih kurang 2 inci tebal.
4. Putar krim cheese dan gula, speed medium sehingga sebati.
5. Tambahkan sour krim dan vanilla, kacau sebati.
6. Tambahkan telur, satu per satu dengan speed perlahan. Putar sehingga sebati sahaja, elakkan 'overbeat'.
7. Biskut yang telah diasingkan awal tadi hancurkan secara kasar dan tabur ke dalam adunan cheese.
8. Gaul menggunakan spatula dengan perlahan.
9. Tuang kedalam loyang berisi base oreo tadi.
10. Bakar selama 55 minit atau sehingga set.
11. Apabila siap sejukkan dahulu di atas jaring dawai.
12. Selepas itu sejukkan lagi di dalam peti sejuk selama paling kurang 4jam.

Seeloknya dibiarkan semalaman di dalam peti.

Saiz hidangan : 16 - loyang 9"

Cadangan hidangan : Jika ingin mengelakkan permukaan kek jadi kuning, lapik aluminium foil di atas kek pada 15 -20 minit terakhir.
Hias ikut citarasa masing-masing. Menarik jika disusunkan biskut oreo di keliling kek bersama hiasan whipping cream.