◘ The Only Me ◘

My photo
♥ A Muslimah faithful to ALLAH ♥ A Besties to my Cats & Kittens ♥ A Savior to my Best Friends ever ♥ A Good Listener to my Fiancee ♥

05 June 2009

[S E B U A H kisah C I N T A]

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika
bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus
akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan
halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak
pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang
romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya
terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan kep! utusan saya
kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung
matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti
akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik
yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat
gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk
Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya
esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas
dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan
akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang
supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus
memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk
Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan
membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut
kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi
'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar
yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua
nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti canti! knya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana,Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian
Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata
Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati
dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,
tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana
menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati,
sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang ! pintu yang terkatup rapat. Lalu saya
segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu
dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari
dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat
memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

[you all just imagine betapa DALAM nye kasih SAYANG yg suami die berikan pd ISTERI t'SAYANG....mase sumone mula2 nak ngorat aku,ni laa CERITERA yg si JEJAKA janggut itu forwardkan kat dlm emel YAHOO aku....time dah hbis baca je cerita nie,aku trus membuat keputusan nak mendekati si JEJAKA itu...dan akhirnya CINTA aku dan JEJAKA itu sehingga skg sudah masukk 2 TAHUN...lalalalalaaa..hanya tunggu mase untuk si JEJAKA itu melamar + meminang + menikahi aku pula!!! insyaALLAH]

: F U N N Y :




WHICH one do you prefer???

maybe .......

:: the good driver??

:: the loud one??

:: the hot one??

:: the fatty??

:: the gangster??

:: the chill one??

:: the smart one??

WEEEEEEEEEEEEEEEEE!!! u just PICK one!!

ini kah melambangkan AKU???

MEI
* Keras hati & degil. * Kuat semangat & bermotivasi tinggi. * Pemikiran yang tajam. * Mudah marah apabila tidak dikawal. * Pandai menarik hati & perhatian orang lain . * Perasaan yang amat mendalam. * Cantik dari segi mental & fizikal. * Tidak perlu dimotivasikan. * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. * Mudah dipujuk. * Bersikap sistematik (otak kiri). * Suka berangan. * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. * Daya khayalan yang tinggi. * Permikiran yang tajam. * Pandai berdebat. * Fizikal yang baik. * Kelemahan sistem pernafasan. * Suka sastera, seni & muzik serta melancong. * Tidak berapa suka duduk di rumah. * Tidak boleh duduk diam. * Tidak punya ramai anak. * Rajin dan bersemangat tinggi. * Agak boros *

ADAKALAnya aku mmg mcm yg tersenarai diATAS!!
tp...pada kwn2 aku,silalah NILAI diri AKU yg sebenarnye k!!macihhh!!!
ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee (=