◘ The Only Me ◘

My photo
♥ A Muslimah faithful to ALLAH ♥ A Besties to my Cats & Kittens ♥ A Savior to my Best Friends ever ♥ A Good Listener to my Fiancee ♥

06 June 2009

Petua Mengasihi Isteri


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar,
memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur. 4. Tolong terbalikkan
stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong
buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor
telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat
sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga
dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat
isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan
pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya
mengiyakan semuanya.... .. sekiranya pendapat isteri anda salah....
betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan
isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih
tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin
menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak
ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi
dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih
sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-
anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah
berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah
tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari
orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan
kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa
terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat
setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak
telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan
akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah
menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau
paling minima mengucapkan `Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering
di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia
merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia
menerimanya.

3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka,
sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam
diri kamu dan diperlukan.

4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi
mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting,
contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat `surprise' sekali
sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan
yang kamu betul-betul menyayanginya.

5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta
bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak
sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu
menonjolkan ke'macho'an kamu!

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam
kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi
mereka.

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak
mendapat pujian.

8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah
bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu
menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan
tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka
inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi
contoh `cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan
gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah
kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah
sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi
mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas
hati. Mereka akan `meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-
sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat
kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan
yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang.
Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.
Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga
boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya
mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!