◘ The Only Me ◘

My photo
♥ A Muslimah faithful to ALLAH ♥ A Besties to my Cats & Kittens ♥ A Savior to my Best Friends ever ♥ A Good Listener to my Fiancee ♥

25 March 2012

Penuh HOME facebook saya

Pon!! Pon!!!!
Cuba g click HOME fb korg, ape korg nmpk kt HOME korg tu??
Daeng dh click & Daeng nmpk....................
Gmbr² baby memenuhi ruang HOME Daeng.
Semuanya gmbr anak kawan-kawan Daeng yg sudah selamat melahirkan anak masing2.


Status update pg ni!!

1. Baby pertama

2. Baby Kedua

3. Baby Ketiga

4. Baby ke4

5. Baby ke5

6. Baby ke6

7. Baby ke7
Maap kepada kawan-kawan. Daeng just pnjm gmbr baby-baby korg tuk membuktikan kepada dorg sume yg HOME Daeng dipenuhi ngn gmbr2 baby korg.
hee :)

Pesanan : Jadilah ibubapa yang bertanggungjawab kpd anak-anak yg bakal korg besarkan dgn penuh kasih sayang. Doakan Daeng lak dpt menimang CAHAYA MATA seindah anak-anak korg juga ye :)
Amin Ya Rabb♥

Lot's Of Luv:
Triple D ♥

15 March 2012

Sukar digambarkan

Assalammualaikum. Salam Jumaat kawan²!
Daeng sihat & hoping korg pon sihat okee.

Apa yg sukar digambarkan tu??
IKHLAS!
Rasa² korang, korang paham tak IKHLAS tu ape?
Daeng pon xberapa paham. Apetah lagi nk terangkan.
Sbb IKHLAS ni susah nk digambarkan.


Kalau ikutkan, banyak aspek kita leh nak implement kan IKHLAS tu.
Dari definisi IKHLAS:

"IKHLAS sesuatu yang suci murni tanpa dinodai dari mana² anasir² & unsur² ke arah kejahatan."

Kita ambil contoh yang mudah.
Kalau korang berdepan dgn sesiapa yang tak dikenali lah kan, sure aksi utama korang akan pamirkan dekat orang tu ialah senyum. Btul x?
Senang cerita kenalah kita senyum dgn org. Senyum tu make sure IKHLAS.


Kalau tak IKHLAS, jadilah senyum yang KELAT yg mana orang pon boleh tahu korg tu senyum TAK IKHLAS. Tak sesuai lah gitu. kan??

Gmbr bawah ni senyum TAK IKHLAS namanya. hehe

Macam tu juga, kalau kita mahu belajar sesuatu. Cuba tanamkan niat IKHLAS dlm diri, InsyaALLAH apa yang kita cuba lakukan pasti akan diredhai & dipermudahkan olehNYA.

Satu lagi, kalau kita nak sesuatu ILMU tu mudah untuk dipelajari,
cuba korang amalkan untuk MENGAJI AL-QURAN. InsyaALLAH, segala kerja dipermudahkan.
Seorang lecturer sy pernah pesan:

"Kalau nak ILMU tu lekat didalam hati kita, setiap pagi selepas subuh, make sure kite mengaji AL-QURAN walaupon sepotong/ sebaris ayat. InsyaALLAH kerja yang dilakukan hari itu dipermudahkan. & juga bagi mereka yang still belajar, InsyaALLAH ILMU senang lekat kerana Al-QURAN adalah RAJA segala BUKU. Memulakan hari dengan membaca RAJA segala BUKU, insyaALLAH membaca ape2 buku pon akan dipermudahkan oleh ALLAH.
Cuba amalkan. InsyaALLAH berhasil.
Kena lah rajin berusaha & sentiasa amalkan, barulah kita nampak hasilnya.

Buktinya, ada contoh dari mak saya sendiri, dia bgth yg seorang budak ni berumur 4thn dah start mengaji & skg alhamdulillah umur budak tu sudah mencecah 8thn, dia dah mengaji Al-Quran.
Hasilnya, budak tu dpt score dlm pelajaran dan menjadi pelajar top disekolahnya.
Alhamdulillah.
So, xsalahkan, if budak² yg masih kecil kita dah dedahkan mereka untuk mengenali AL-Quran.
Boleh lah korang amalkan nnti ye kpd anak²/ adik²/ cucu².

Surah Al-IKHLAS :
Ayat 1: Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku ialah ALLAH yang Maha Esa"
Ayat 2: ALLAH yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"
Ayat 3: Ia tiada beranak & tiada pula diperanakkan
Ayat 4: Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNYA

Lot's Of Luv:
Triple D ♥

11 March 2012

Transformers!!!!!! menarikk x??

Assalammualaikum kawan²!!!
Daeng menggodek² FB kawan Daeng, & then Daeng jumpa lah gmbo OLDSCHOOL ni. haha.
Ada bran nak tgk Daeng transform???
Dari size Triple XL to Triple XS!
ahaiiiiiii~

Tgk gmbo bawahh ni :
(bertudung coklat gelap tu laa Daeng) masa umur 18tahun.
& ada mulut² makcik ofis ni kata dh mcm umur 38thn. hampehhh --"
Anak lak dh 5 orang. Double hampehhh --"
Haha...
Tahun 2003/2004

Jgn xhabis-habis gelak lak eh??? Meh tgk gmbo dibawah ni lak.

1. Gmbr ni gmbr Daeng berumur 26 tahun. Mcm 20 thn x? haha
Daeng ms ni bercuti kt KK, Sabah :)
Tahun 2011

2. Gmbr ms Daeng dlm tahun yang sama. Tahun 2011 :)
Berat ms ni agak memberangsangkan la. Sesuailah dgn ketinggian Daeng yg skg. Tp Daeng ngh cuba nk kurangkan berat lg ni. Nnti nk pakai baju kawen xmuat lak.
Teeetttttttttttttttttttttttttttttttt~!
Oklah. amalkan jelah makanan yang sihat, kurangkan makan FASTFOOD (xmkn lgsg xleh plak kang ngidam ke kan), Kurangkan mnum ais. mnum air suam byk2, mlm2 jgn makan sgt pastikan b4 kul8 klu nak makan pon, pengambilan makanan seimbang penting.
Portion Daeng makan, Nasi 15%, Ikan 25% & Sayur 60% (everytime makan)
& mak Daeng sgt paham if masak sayur, kene LEBIH! Ngee :D

Oklah. Transformers nk g sambung wat keje. hikhik

Lot's of Love:
Triple D ♥

08 March 2012

Definisi GARANG seorang perempuan :)

Wahai para lelaki/ bakal suami/ suami-suami, sila lah renung-renungkan dan selamat BERAMAL :)
*peace*

Bersyukur padaNYA jika anda dikurniakan pasangan yang GARANG ye.
ALHAMDULILLAH.

Lots' of Love:
Triple D ♥

07 March 2012

Ada apa dengan ............


Ada apa dengan .......... CINTA?
bukan nak share lirik lagu "Ada Apa Dengan Cinta" pon.
Just teringat ngn lagu Melly Goeslow tu. hee
~~~~~~
"Ada apa dengan CINTA"
"Perbedaan aku dan engkau"
"Biar menjadi bait"
"Dalam puisi cinta terindah"
~~~~~~
...Masa time aku study kt U kot, lagu ni menjadi kegilaan ramai org. rasa²nye sume la kot layan lagu ni masa lagu HOT dlm sume chanel radio. hee...

Tapi aku xmo la cerita pasal CINTA sgt. kang semua org pon muak nak baca kan? Cinta Cinta & Cinta je topik si Daeng ni. okeh FINE! hehe

Lihat gmbo di bawah ni:

Ada apa dengan ........................ *HANDBAG*?

Actually, gmbo kat atas ni ialah semua barang² yg ada dalam handbag aku. Benda yg mmg aku bawak hari² g keje. G dating & g umah org kawen, xtersenarai ye. Barang² kt atas tuk g KEJE sahaja! FULLSTOP!

Yela, g dating watpe nk sakan² bawak mcm². G umah org kawen lg laa. klu leh nk lenggang mak limah je. tahu dtg nk makan nasi minyak je kan. hehe. Ada paham???
gooooooooooooooooooooooooodd!

Dari gmbr di atas ada 16 barang yg akan disenaraikan di bawah ni:

1. Roaster (jadual kerja) - Bukan jadual kerja saya pon. tp jadual kerja sayang sy. memudahkan sy untuk tgk time table dia, waktu bila masuk keje & habis keje & cuti & sewaktu dgnnya. Senang nak arrange tuk cuti ke ape kn? :p

2. Roti - sebenarnye bukan roti je. kdg² bawakla biskut ke. tuk alas perot. if emergency lapar or puasa ke tibe² berbuka dlm kereta. then ade la benda back up tuk berbuka nnti or lapar. kan??

3. Purse - WAJIBlah ade purse. kang nak bayar pape, xde lak duit. hehe. & also IC/ lesen/ kad bank/ etc.

4. Tag Kerja - sure kene ade. nnti nak tag kt pintu pak guard xlepas la lak kn. sape susah?? sy gak susah. hehe

5. Perfume - Pewangi wajib ada supaya kite terhindar dr bau-bau yg xmenyenangkan kan? so WAJIB ada dlm handbag ye kwn² :)

6. Kipas - Slalu sy suka bawak kipas ni kemana-mana sbb kdg² panas sgt luar sane, so kipas membantu menyejukkan kita. hee. nak share kipas? boleh... boleh blah! :p

7. TouchNGo - ni sgt perlu bila kita ke mana-mana. kang ade tol sng nak lalu. elakkan kesesakan lalulintas.

8. Ketip Kuku - haaaaa. sy paling pantang kalau kuku panjang. kuku panjang mmg sgt tak suka. so, ketip kuku wajib ada ye. sng emergency nk potong kuku.

9. Mini perfume & minyak cap kapak - ni mmg sgt perlu for emergency. kang sakit kepala ke ssh kang xde minyak cap kapak.

10. Lip Ice - Bibir sy sgt sensitif ngn GINCU tp klu ngn LIP ICE xpe. bibir sy akan sentiasa nmpk PINK & lembab sentiasa. hee

11. Kunci Kereta - surela kan. nk ke mane2 kene drive kete. :)

12. Collagen - Sy amik collagen ni as my supplement. penting dibawa hari2 ke mana shj. sbb sehari sy akan amik sepaket. hee

13. Cable HP - cable sy ni digunakan tuk chgs hp & juga tuk transfer ape2 file dlm hp ke pc or ape2 jela. sng ms emergency leh guna kan.

14. Tisu - Tisu sgt penting. sbb mak ni kuat berpeluh. kang basah2 muka ni. hehe.

15. Second HP - second hp mesti ade dlm handbag. tak gune sgt pon. tp kdg2 org cari kite kt no ni juga. so, i need second hp ye.

16. VCO Catalyst - wahhhhh pil ni sy wajib amik. hari2 sy makan VCO ni tuk kesihatan dalaman sy. Alhamdulillah sy sgt2 selesa makan VCO ini. *eh, terpromote lak psl product ini*

Fuhhhhhhhhhhhh~! penat sy menyenaraikan benda2 yg wajib ada dlm handbag sy waktu sy pergi keje. So far, dalam gambar tu lah antara brg2 yg sy WAJIB bawak. Ia sgt penting dlm menyempurnakan hidup sy. ngee. See you lg kawan² :DD

Lots' of Love:
Triple D

04 March 2012

Tak perasan saya!


Rupanya ni lah post ke2 selepas post pasal "...Kalau dah namanya EMAK...." untuk tahun 2012. Ya ALLAH, cepatnye masa berlalu. & dlm tempoh tu juga, BUMI makin uzur ditelan zaman. Mari sama² kita memperbaiki diri & peribadi ke arah kebaikan. InsyaALLAH, ALLAH tunjukkan jalan. Sm² mengingati pasangan kita untuk berbuat baik, InsyaALLAH diberkatiNYA.

ALLAH MAHA MENDENGAR, MAHA MELIHAT, MAHA MENGETAHUI, MAHA AGUNG.
Wallahua'alam :)

Lots' Of Luv:
Triple D♥

Kalau dah namanya EMAK.


Ya ALLAH ya tuhan kami.
Maaf kawan². Daeng tahu ada yg menunggu Daeng post cerita² terbaru.
Daeng bukan xmo cerita or coret² kat my blog ni,
tp...................
Daeng busy la. Maklumla skg keje kat tmpt org. So nak mengupdate sumthing ssh yg amat.

Okeh², xmo merepek² kat atas tu. meh kita dgr kisah ape yg Daeng maksudkan
"...Kalau dah namanya EMAK...."

Semua mesti dikurniakan seorang mak kan?
Begitu juga Daeng. Alhamdulillah masing² mempunyai emak. Kalau tiada emak, sapa lah kite, btul x? dan kalau tiada Abah juga, tiadalah kita. kan? (:

Okeh. Daeng just nak share. Daeng mmg ada seorang mak yg sgt² MEMAHAMI, BERTANGGUNGJAWAB, PENYAYANG, BERIMAN, GARANG, KELAKAR, SPORTING & lain² lg. Senang cerita, byk sgt kriteria mak Daeng yg Daeng nk listkan, tak terlist. hehe

Mak Daeng mmg dh kenal sgt anaknye ni hampir 27thn. InsyaALLAH bulan 5 nnti genap lah Daeng 27thn. Makkkk, takotnye umur dh makin meningkat. Korg kalau ade masalah msti korg carik MAK korg dulu kan? Sama lah ngn Daeng. Alhamdulillah mak Daeng mmg sentiasa ada untuk anaknya tak kira tgh SENANG mahupon SUSAH.

Dan Daeng nak menceritakan pengalaman mengenali EMAK org lain pula.
Sebenarnya bila kita dah kata dia adalah EMAK, dia pegang title EMAK, maka perangai dia sm je dgn EMAK² yg dikurniakan ALLAH s.w.t kt BUMI yg nyata ini.

Kenapa Daeng kata begitu? Sbb Daeng berkenalan ngn seorang makcik ni. Dr pengalaman cerita anaknye, mak nye ni ssh sikit nak dipahami if kita xleh paham maknye. Daeng mula² takot gak nak kenal makcik ni. Tp bila pkir balik, one day Daeng akan hidup dikalangan mereka² juga. So, nak taknak Daeng kena lah kenal hati budi makcik ni.

Alhamdulillah skg ni dh masuk kali ke3 Daeng bersama² dgn makcik. Makcik yg dimaksudkan EMAK kpd bakal encik TUNANG sy. Makcik mmg mcm emak² yg lain. Cuma bezanya ada la different 3-2 perangai yg mak² lain ada, makcik xde & vice versa.

Bila dh borak² ngn makcik, baru sy paham makcik jenis mcm mane. Makcik seorang yg tegas ngn anaknya, sgt sayangkan anaknya, seorang yg tidak suka membazir, bertanggungjawab, prihatin, penyabar & lain² lagi. Daeng masih baru & takleh menilai makcik lebih lg. Tggu ms nnti makcik jd MAK sy secara rasmi, insyaALLAH kite akan berkenalan dgn lebih rapat ye makcik.

Saya nk wat confession ni, saya sayang EMAK saya & MAKCIK Hjh. Aznun :)
Doakan Daeng bertemu ngn keluarga yg baik sebaik keluarga makcik & bakal tunang. Amin Ya Rabb. ngee

Lots' of Luv:
Triple D ♥