◘ The Only Me ◘

My photo
♥ A Muslimah faithful to ALLAH ♥ A Besties to my Cats & Kittens ♥ A Savior to my Best Friends ever ♥ A Good Listener to my Fiancee ♥

15 March 2012

Sukar digambarkan

Assalammualaikum. Salam Jumaat kawan²!
Daeng sihat & hoping korg pon sihat okee.

Apa yg sukar digambarkan tu??
IKHLAS!
Rasa² korang, korang paham tak IKHLAS tu ape?
Daeng pon xberapa paham. Apetah lagi nk terangkan.
Sbb IKHLAS ni susah nk digambarkan.


Kalau ikutkan, banyak aspek kita leh nak implement kan IKHLAS tu.
Dari definisi IKHLAS:

"IKHLAS sesuatu yang suci murni tanpa dinodai dari mana² anasir² & unsur² ke arah kejahatan."

Kita ambil contoh yang mudah.
Kalau korang berdepan dgn sesiapa yang tak dikenali lah kan, sure aksi utama korang akan pamirkan dekat orang tu ialah senyum. Btul x?
Senang cerita kenalah kita senyum dgn org. Senyum tu make sure IKHLAS.


Kalau tak IKHLAS, jadilah senyum yang KELAT yg mana orang pon boleh tahu korg tu senyum TAK IKHLAS. Tak sesuai lah gitu. kan??

Gmbr bawah ni senyum TAK IKHLAS namanya. hehe

Macam tu juga, kalau kita mahu belajar sesuatu. Cuba tanamkan niat IKHLAS dlm diri, InsyaALLAH apa yang kita cuba lakukan pasti akan diredhai & dipermudahkan olehNYA.

Satu lagi, kalau kita nak sesuatu ILMU tu mudah untuk dipelajari,
cuba korang amalkan untuk MENGAJI AL-QURAN. InsyaALLAH, segala kerja dipermudahkan.
Seorang lecturer sy pernah pesan:

"Kalau nak ILMU tu lekat didalam hati kita, setiap pagi selepas subuh, make sure kite mengaji AL-QURAN walaupon sepotong/ sebaris ayat. InsyaALLAH kerja yang dilakukan hari itu dipermudahkan. & juga bagi mereka yang still belajar, InsyaALLAH ILMU senang lekat kerana Al-QURAN adalah RAJA segala BUKU. Memulakan hari dengan membaca RAJA segala BUKU, insyaALLAH membaca ape2 buku pon akan dipermudahkan oleh ALLAH.
Cuba amalkan. InsyaALLAH berhasil.
Kena lah rajin berusaha & sentiasa amalkan, barulah kita nampak hasilnya.

Buktinya, ada contoh dari mak saya sendiri, dia bgth yg seorang budak ni berumur 4thn dah start mengaji & skg alhamdulillah umur budak tu sudah mencecah 8thn, dia dah mengaji Al-Quran.
Hasilnya, budak tu dpt score dlm pelajaran dan menjadi pelajar top disekolahnya.
Alhamdulillah.
So, xsalahkan, if budak² yg masih kecil kita dah dedahkan mereka untuk mengenali AL-Quran.
Boleh lah korang amalkan nnti ye kpd anak²/ adik²/ cucu².

Surah Al-IKHLAS :
Ayat 1: Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku ialah ALLAH yang Maha Esa"
Ayat 2: ALLAH yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"
Ayat 3: Ia tiada beranak & tiada pula diperanakkan
Ayat 4: Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNYA

Lot's Of Luv:
Triple D ♥

No comments:

Post a Comment