◘ The Only Me ◘

My photo
♥ A Muslimah faithful to ALLAH ♥ A Besties to my Cats & Kittens ♥ A Savior to my Best Friends ever ♥ A Good Listener to my Fiancee ♥

21 May 2012

Bulan Rejab Bulan ALLAH ♥


Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA, dapatlah kita sama-sama menempuh bulan REJAB. Iaitu salah satu bulan haram dalam ISLAM. Rejab datang dahulu kemudian diikuti dengan bulan Syaban dan bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "REJAB adalah bulan ALLAH, SYABAN adalah bulanku dan RAMADHAN adalah bulan umatku".....Maka barangsiapa yg berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari ALLAH, maka ia layak mendapat ganjaran dari ALLAH SWT.

  • Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia mendapat keredhaan ALLAH.
  • Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia mendapat kemuliaan yang besar dr ALLAH.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia dijauhkan dari seksaan dunia, diselamatkan dari penyakit berbahaya dan diselamatkan dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka ia akan dikunci oleh ALLAH 7 pintu neraka jahanam.
  • Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka ia akan dibuka oleh ALLAH 8 pintu syurga baginya.
  • Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh ALLAH hayat & permintaannya.
  • Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka ALLAH menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda.
  • Sesiapa yang berpuasa di dalam bulan REJAB ini, maka akan diberi minum air sungai yg bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari air susu, lebih manis dr manisan & lebih dingin dari salji.
Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj. Peristiwa Isra' dan Mi'raj ini berlaku kepada Rasulullah SAW, apabila pd waktu malam baginda diangkat ke langit untuk bertemu dengan ALLAH SWT & untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari ALLAH SWT. Maka umat Islam digalakkan mengambil ikhtibar dari setiap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ini. 

Banyak keistimewaan yang kita boleh perolehi untuk menghayati bulan Rejab ini & bagi mereka yang mengamalkan puasa dalam bulan Rejab ini InsyaALLAH akan memperolehi hikmah & ganjaran dari ALLAH SWT jika kita melaksanakan amalan-amalan itu dengan hati ikhlas dan niat yang betul kerana ALLAH SWT. 

Wallhualam.

Lot's Of Luv:
Triple D ♥

No comments:

Post a Comment